Saturday 11 August 2012

Novel

Ini entry pertama untuk blog yang ke berapa ntah yang pernah wujud sepanjang hidup sejak lahir sampai sekarang. Jujur membuat pengakuan yang aku bukan seorang yang setia untuk menulis dalam sesebuah blog hatta blog berbayar pun aku dah terlepas pandang sejak beberapa bulan lalu disebabkan komitmen yang perlu didahulukan. Blog yang zaman dahulu kala, ditinggalkan kerana kekangan masa dan bila dah lama tak buka, dah lupa password dan kewujudannya... Jadi, wassalam....

Untuk entry pertama yang dah berapa puluh kali wujud ni, saja nak bercerita kepada diri sendiri dan sesiapa sahaja yang 'terbaca' blog ni.

Novel : sebuah manuskrip yang dicipta oleh penulisnya tak kira berdasarkan apa sahaja imaginasninya dan cara penulisan yang ingin disampaikan.

Pengakuan : Aku memang suka membaca novel tak kira dalam genre horror, love story, sci-fi asalkan cara jalan ceritanya mampu menarik minat dan minda untuk terus melekat. Buat masa ini, novel yang aku simpan sejak zaman sekolah menengah, ada 2 buah je. Bila dah masuk zaman berkarier, tambah lagi beberapa buah horror novel yang semuanya ditulis oleh Stephen King. Baru-baru ni aku dah terjebak dengan novel cinta melayu yang baru aku beli sebanyak 7 buah. Semua novel ni bukan aku beli secara random di kedai buku, tapi aku beli secara online bila dah baca beberapa episod yang disiarkan di laman web. Bila jalan ceritanya mampu menarik minat, dan penulisnya buat pengumuman telah mengeluarkan versi cetak untuk pembaca menghabiskan bacaan, aku terus order seberapa banyak yang aku mampu (dari segi kewangan.....). Lagipun, ada bagusnya aku order online, sebab harga yang ditawarkan setelah menjadi ahli sesebuah laman web yang menawarkan belian novel secara online ni, lebih murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai buku. Murah RM 3 - RM 4 untuk sebuah novel rasanya amaun yang besar sekiranya pembelian 3 - 4 buah sekaligus.

Baru-baru ni aku dah mula addicted balik untuk menghabiskan duit gaji bagi membeli novel. Rasanya agak lama jugak aku tidak menjengah laman web tersebut. Hampir semua karya penulisan secara online yang aku follow selama ni dah dikeluarkan dalam versi cetak... Clik to add to cart, punyalah syok memilih... sedar-sedar bila tengok summary, amaun dah sampai RM208 untuk 10 buah novel. Haisssshhhh..... Banyak juga ni. Nak tak nak, terpaksa la stop sekejap dan tengok balik novel mana yang betul-betul nak beli. Dapat gaji nanti ni boleh la sambar dalam 2-3 buah dulu. Nanti akan beli untuk bulan berikutnya. Yang paling penting, checklist kena ada untuk beli novel idaman. Nanti terlepas, sayanglahhh!....

Terima kasih banyak-banyak kepada laman web yang menawarkan perkhidmatan ini dengan harga yang murah berbanding kedai buku. Memang aku promote kepada kawan-kawan yang nampak ada iras-iras hantu novel untuk membeli-belah secara online. Laman web yang aku biasa lepak untuk membeli novel ialah : www.karyaseni.my www.kakinovel.com  dan juga www.p2u.my (promosi percuma kot... kalau nak bayar saya pun boleh juga atas hasil usaha meramaikan pelanggan anda, hehehe!

Bila aku mula membaca karya-karya penulis muda ini di laman web, aku rasa kagum dengan cara mereka mampu menarik orang-orang seperti aku untuk terus 'melekat' dan setia kepada jalan cerita yang mereka sampaikan. Kadang-kadang, menitis air mata dan meledak tawa apabila ada sesetengah episod yang mampu mencuit hati dan jiwa. Dan yang paling memberi kesan adalah kadang-kadang, jalan ceritanya seolah-olah kena dengan perjalanan hidup aku sendiri. Haisshhhh... memang terkena batang hidung sendiri. 

Ermm... sampai di sini dulu... berblog di pengakhiran bulan puasa pun menuntut komitmen yang lain : BUAT KUIH RAYA! Jadi, bersambung di lain masa...

Tataaaaa....

No comments:

Post a Comment